Pengertian Tentang Cinta

Manusia sememangnya makhluk yang rumit. Suka menjadi aneh dengan sendirinya. Hal-hal yang ingin kita katakan atau harus kita bilang, justeru atau malah tidak pernah kita ungkap. Lebih parah lagi, kita sudah terbiasa menggunakan simbol-simbol atau kata-kata lain untuk menunjukan erti sebenarnya.
Walhasil kerana kerapnya maksud kita itu, ia menjadi tidak ter-komunikasi-kan dan membuat orang lain merasa tidak nyaman, tidak sayang, tidak dihargai. Kenapa tidak? Ada masa-masa kita merasa tidak nyaman mengekspresikan cinta yang kita rasa.
Kerana takut mempermalukan orang lain atau diri kita sendiri. Kita ragu untuk mengatakan I Love You . Oleh itu, kita menyampaikan perasaan itu melalui kata-kata yang lain seperti, jaga diri baik-baik, belajar rajin-rajin, hati-hati dijalan raya, jangan pandu laju-laju, jangan lupa makan. Tapi itu sebenarnya adalah opsi-opsi atau makna-makna lain dari perkataan yang sesungguhnya adalah, saya sayang awak, saya sangat peduli pada awak, awak sangat bererti untuk saya, saya tidak mahu awak terluka.
Jadi, tidak ada salahnya kita mencuba MENDENGARKAN CINTA melalui kalimat-kalimat yang dikatakan orang lain terhadap kita. Ungkapan yang tersembunyi itu penting, tapi bagaimana kita mengungkapkannya boleh menjadi jauh lebih penting. Setiap pelukan bermakna cinta meskipun kata-lata yang keluar sangat berbeza. Setiap perhatian yang diberikan orang lain terhadap kita menyimpan rasa cinta walaupun bentuknya sangat kaku, ataupun mungkin sedikit kasar. Yang pasti, kita harus mencari dan mendengar cinta yang ada disebaliknya.
Seorang ibu akan meleteri anaknya kerana keputusan peperiksaan yang menurun atau bilik tidurnya tidak kemas atau seperti kapal pecah. Si anak mungkin hanya mendengar leteran ibunya. Tapi kalau dia benar-benar MENDENGARKAN, dia akan mendapatkan cinta disana. Kepedulian dan cinta ibunya muncul dalam bentuk leteran. Tapi bagaimanapun juga, itu sebenarnya adalah cinta.
Seorang gadis pulang hingga larut malam, dan akhirnya dapat kuliah secara percuma dari ayah atau abangnya. Gadis itu hanya menanggapi bahawa dia sedang dimarahi oleh ayah atau abangnya. Tapi kalau dia cuba untuk MENDENGARKAN CINTA, dia akan menemukanya. awak ni dah kenapa?, ayah sangat bimbang dan khuwatir pada awak, kata ayahnya. Tapi sedarkah kita semua bahawa itu sama sahaja sang ayah mempunyai maksud dalam perkataannya seperti, Ayah sangat ambil tahu terhadap kamu, kamu sangat bererti untuk ayah. Tapi sayang sekali itu tidak dapat disampaikan secara lisan.
Kita sebenarnya mengungkapkan cinta dengan banyak cara seperti, melalui hadiah hari jadi, mesej-mesej kecil, dengan senyuman, dengan air mata. Cinta tidak hanya ada dalam kata-kata, tetapi juga dalam diam. Dan sering kali kita menunjukan cinta dengan memaafkan orang yang tidak mahu mendengar cinta yang telah kita sampaikan.
Masalah dalam hal untuk mendengarkan cinta itu adalah, kesulitan dan keterbatasan kita untuk mengerti bahasa cinta yang digunakan orang lain. Yang kerap terjadi, kita jarang mendengarkan orang lain. Kita mengdengar kata-kata, tetapi kita tidak mempertimbangkan ekspresi atau tindakan-tindakan yang mengiringi kata-kata itu. Sering juga kita cuma boleh mendengar hal-hal yang negatif, penolakan, kesalahfahaman dan mengabaikan cinta yang menjadi maksudnya.
Cuba dengarkan cinta-cinta yang ada disekeliling kita. Jika kita benar-benar berusaha mendengarkanya, kita mesti akan menemui bahawa kita sebenarnya memang dicintai. Mendengarkan cinta boleh membuat kita sedar bahawa dunia ini adalah tempat yang begitu indah.
"Cinta adalah anugerah. Membuat kita ketawa, membuat kita bernyanyi, membuat kita sedih, membuat kita menangis, membuat kita bertanya kenapa?', membuat kita menerima, membuat kita memberi. Dan yang paling penting, Membuat kita merasa hidup".
Bukanlah kehadiran atau ketidakhadiran yang penting. Kita tidak perlu merasa kesepian meskipun kita sedang sendiri. Sendiri itu perlu juga, tapi jangan sampai membuat kita merasa kesepian. Yang menjadi masalahnya sekarang adalah, bukan berada bersama seseorang, tetapi berada untuk seseorang.
Jangan pernah ragu-ragu untuk menyatakan cinta. Jujurlah dengan apa yang kita rasa dan katakan. Tidak akan ada ruginya untuk mengekspresikan diri. Ambil kesempatan untuk mengungkapkan pada seseorang betapa pentingnya dia untuk kita. Lakukanlah, buat perubahan dan hindari penyesalan.
Satu lagi, tetaplah dekat dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kerana mereka sudah berjasa membangunkan diri kita dengan cinta sehingga sekarang. Cinta memang ada untuk ditebarkan. Dan saat cinta yang kita berikan diterima, atau dibalas, itulah saat yang paling indah dan hidup akan menjadi lebih hidup dan penuh bermakna.

All About Love, Love Poems, Love Story, Love......

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More